17 September 2009

Genaplah sebulan..

17 September 2009..  genaplah sebulan aku berada di tempat kerja baru. 1 bulan yang bahagia setelah terseksa selama 1 tahun 3 bulan (Mac 2008 - Jun 2009) dekat tempat kerja lama. Kalau nak cerita keburukan bos-bos lame aku (laki-bini bos) memang tak cukup sejuta perkataan. Lagipun taknak lah aku kurang pahala pose aku ni yg memang sedia kurang.

Betapa bahagianya aku sampai boleh menulis dalam blog waktu kerja. hahaha!

PERINGATAN: Menulis blog ketika waktu bekerja adalah salah disisi undang-undang tempat kerja anda.

12 September 2009

Tulisan yang mengesankan jiwaku...

Sebentar tadi aku melawat blog GAP dan membaca entry beliau yang paling latest. Dalam tulisan beliau menyentuh mengenai perjalanan hidup Bilal bin Rabah dan mengaitkan dengan pemimpin-pemimpin di Malaysia masa kini. Ikuti tulisan beliau;

lepas pulang dari berbicara bersama penduduk melayu shah alam, aku sempat menonton rancangan rtm. siaran langsung solat tarawih di mekah. memerhati bacaan ayat suci quran dari imam solat tarawih di mekah, menyebabkan hati aku terdetik sebak.

lensa kamera pandai memain peranan.wajah-wajah umat berlinang air mata ada kala kelihatan.syahdu dan pilu. bacaan ayat suci yang sempurna lagi mengasyikkan bisa meruntun jiwa. aku mengetap bibir melayang fikiran.

entah bila aku bisa menghantar emak bapak aku ke sana ? kadang-kadang aku terasa hati bila melihatkan pergaulan orang tua aku bersama jemaah surau di kampung. ramai dikalangan teman orang tua aku senantiasa berbisik berseloka, akan kehebatan mengerjakan umrah dan haji. adakala bila melihatkan wajah orang tua aku medengar cerita sebegitu, aku tahu senyumannya itu pura-pura.

dalam fikiran yang terbang melayang mendengar bacaan imam solat tarawih, aku teringat akan laungan azan.

kisah tukang azan paling mulia dalam sejarah islam. bilal ibnu rabah. dia hamba abdi dan kulitnya hitam legam. bilal antara manusia terawal mengucap kalimah syahadah di depan rasulullah saw. bilal antara 10 sahabat r.a yang dijamin sorga.

kisah bilal bisa meruntun jiwa. bilal tatkala memeluk islam hidup nya didera. siang badannya yang kurus kering itu di himpapkan batu besar oleh tuannya yang kafirin. pada malam hari dia dicemeti. semua kerna gara-gara dia memeluk islam.

namun derita jiwa dan raga ini tiada mampu merobah akidah bilal. dia diseksa kerna memilih islam sebagai jalan hidupnya. tragis hidupnya, setiap kali badannya dilibas cemeti , mulut mulianya tiada lain akan menyebut AHADD ! AHADD! tuhan yang satu.

derita dan seksa bilal menemui titik gumbira tatkala abu bakar as sidiq r.a menebus lalu membebaskannya. pada saat itu bebaslah hidup sahabat mulia. berdakwah penuh semangat di setiap pelosok mekah dan madinah. suara azan bilal berkemundang pada setiap waktu sembahyang.

peristiwa perang saudara (perang siffin) telah melanda, diikuti dengan perang jammal (perang unta). semuanya gara-gara munafikin yang mengadu domba. rasulullah saw,abu bakar,umar,uthman telah wafat pada tika itu.bilal telah lama menghilangkan diri, berkelana bertahun-tahun di bumi syam (syria).

satu ketika beberapa sahabat bertemu bilal di syam. bertanya akan kisah silam hidupnya bersama junjungan besar nabi saw. tatkala nama mulia itu disebut, bilal menitis air mata. gugur berderu jiwanya apabila mengingatkan kisah lama. sahabat yang datang melawatnya juga tanpa segan dan silu menangis kesedihan apabila bilal membuka bajunya, menunjukkan berpuluh kesan luka akibat dicemeti dibadan. maha suci tuhan. sungguh, berderau jantung aku pada saat aku menulis kisah bilal !

satu malam setelah selesai sunat tahajudnya bilal tidur dengan lena. dalam tidur bilal bermimpi, didatangi dalam mimpinya junjungan besar rasulullah saw. "wahai bilal, kenapa kamu tidak mahu menjenguk aku", kata rasullullah dalam mimpinya.

tersentak dan terbangun dari tidurnya. bilal menangis teresak-esak melihatkan petunjuk dari tuhannya.ya sudah bertahun aku tidak menjenguk makam rasullullah saw.

bilal mengemas kelengkapan, bertolak segera dari syam ke madinah. perjalanan panjang akhirnya tiba jua. kedatangan bilal ibnu rabah, disambut penuh gembira seluruh penduduk madinah. hasan dan husin cucunda rasulullah memeluk erat sahabat mulia nabi saw.

tatkala solat zuhur menjelang, seluruh penduduk madinah meminta agar bilal melaungkan azan. desakan maha hebat ini juga datang daripada cucunda hasan dan husin. bilal tidak dapat menolak permintaan sahabat tersayang.

dilangkahnya perlahan kedalam masjid. menghadap kiblat akhirnya suara azan keramat itu sekali lagi berkumandang. suara inilah yang pertama berkumandang pada zaman kebangkitan islam mekah dan madinah. suara inilah yang pernah berkumandang di waktu aus dan khazraj digabungkan dalam peristiwa hijrah.

lebih penting, suara azan inilah yang mengingatkan semula kenangan seluruh penduduk madinah tentang rasulullah saw. tatkala suara azan ini bergema di kota madinah, seluruh penduduknya menangis teresak-esak , ada yang menutup wajah ,ada yang melutut menangis kerana teringatkan kenangan hidup bersama rasulullah saw !

aku tak mampu untuk menyambung kisah tragis ini.inilah sikap sebenar umat apabila azan berkumandang.tetapi hari ini pemimpin islam takut untuk menangkap cina yang selamba menghina azan. islam agama aku dihina dan dicerca. perhatikan sekeliling kamu.

ketuanan rakyat adalah puaka agama.pas adalah pelacur maha gila.bila hero 1 malaysia kata umno pejuangkan agama, aku menggelengkan kepala. hari ini hishamudin menangis mendengar takbir raya di penjara. hishamudin sepatutnya sudah lama menangis bila azan dihina. hishamudin dan hero 1 malaysia sepatutnya lebih banyakkan istigfar daripada menangis, kuasa sudah ada ditangan kamu, tapi kamu tak buat apa !

samada zulkifli nordin si telur separuh masak,pas,hero 1 malaysia atau hishamudin. hentikan permainan politik islam maha plastik. hishamudin dan hero 1 malaysia patut lebih awal menangis tatkala aishah bukhari telah murtad.

sungguh, samada najib dan pimpinan tertinggi umno. kiranya penghinaan lama dan baru terjadi lagi terhadap islam dan bangsa, aku akan menuding jari pada kamu. kamu sudah diberi amanah dan kuasa tapi kamu masih leka ...leka dan terus leka ! SILA BANGKIT DAN BERLAGAKLAH UMPAMA SINGA.. SINGA YANG MENJADI RAJA DI BELANTARA, BUKAN SEPERTI SINGA YANG TAKUT PADA KHINZIR DAN LEMBU ! YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA KAMI !!!

10 September 2009

Politik yang memenatkan

Aku penat melihat situasi politik di Malaysia. Bile berpolitik semua nak menegakkan parti masing-masing tak kira salah ke betul ke ape yang diperjuang dan diperhujahkan tu. Realitinya, orang Melayu Islam (aku tambah Melayu sebab tak nak cemarkan Islam tu secara keseluruhannya memandangkan Melayu adalah salah satu bangsa yang bercakaran sesama Islam) di Malaysia ni memang dah berpecah belah tahap kronik hanya kerana perbezaan politik.

Lupakan sekejap pasal politik. Cuba anda lihat jiran depan belakang kiri kanan rumah anda. Baikkah anda kepada mereka? Kalau terserempak senyum ke? Ada majlis kenduri/rumah terbuka jemput tak? Gotong-royong taman atau surau pergi join tak? Kemudian lihat pulak adik beradik, mak bapak, pakcik makcik, sepupu sepapat. Bile berkumpul ramai-ramai anda bersembang bergelak ketawa tak?

Ok, sekarang aku nak tanya. Anda tahu ke ape parti politik pegangan diorang? Waktu solat berjemaah terutamanya hari Jumaat. Khutbah mendoakan kesejahteraan umat Islam terutamanya di Malaysia ni korang amin kan tak? sudah tentu ya, bukan? Jadi aku berasa pelik, kenapa bile berpolitik takde sifat dan sikap yang macam tu? Kenapa maki hamun sampai tak ingat dunia? Sanggup mengatakan si anu ni begitu begini? Kalau ditakdirkan mak bapak kite berlainan fahaman macam mane? Sanggup anggap mereka tu yang bukan-bukan kerana berbeza fahaman politik?

Fahaman politik seseorang tu tak semestinya menunjukkan seseorang tu lebih Islamik atau lebih keMelayuaan. Allah saje yang maha mengetahui. Jadi jika kita ragu-ragu terhadap pemimpin kita jangan lah kita sanggup menipu diri hanya kerana itu parti politik yang anda dokong. Salah tetap salah dan kebenaran jangan disembunyikan.

Umat Islam mesti bersatu!