Aku penat melihat situasi politik di Malaysia. Bile berpolitik semua nak menegakkan parti masing-masing tak kira salah ke betul ke ape yang diperjuang dan diperhujahkan tu. Realitinya, orang Melayu Islam (aku tambah Melayu sebab tak nak cemarkan Islam tu secara keseluruhannya memandangkan Melayu adalah salah satu bangsa yang bercakaran sesama Islam) di Malaysia ni memang dah berpecah belah tahap kronik hanya kerana perbezaan politik.
Lupakan sekejap pasal politik. Cuba anda lihat jiran depan belakang kiri kanan rumah anda. Baikkah anda kepada mereka? Kalau terserempak senyum ke? Ada majlis kenduri/rumah terbuka jemput tak? Gotong-royong taman atau surau pergi join tak? Kemudian lihat pulak adik beradik, mak bapak, pakcik makcik, sepupu sepapat. Bile berkumpul ramai-ramai anda bersembang bergelak ketawa tak?
Ok, sekarang aku nak tanya. Anda tahu ke ape parti politik pegangan diorang? Waktu solat berjemaah terutamanya hari Jumaat. Khutbah mendoakan kesejahteraan umat Islam terutamanya di Malaysia ni korang amin kan tak? sudah tentu ya, bukan? Jadi aku berasa pelik, kenapa bile berpolitik takde sifat dan sikap yang macam tu? Kenapa maki hamun sampai tak ingat dunia? Sanggup mengatakan si anu ni begitu begini? Kalau ditakdirkan mak bapak kite berlainan fahaman macam mane? Sanggup anggap mereka tu yang bukan-bukan kerana berbeza fahaman politik?
Fahaman politik seseorang tu tak semestinya menunjukkan seseorang tu lebih Islamik atau lebih keMelayuaan. Allah saje yang maha mengetahui. Jadi jika kita ragu-ragu terhadap pemimpin kita jangan lah kita sanggup menipu diri hanya kerana itu parti politik yang anda dokong. Salah tetap salah dan kebenaran jangan disembunyikan.
Umat Islam mesti bersatu!
Buli & Masaalah Disiplin Pelajar : Cara Penyelesaian
6 months ago

No comments:
Post a Comment